Friday, 15 February 2013

Kursus Renang Suksis skuad 2011

Lama sangat aku tak update blog ne. Sejak balik dari jepun hari tu terus sibuk dengan tugasan yang tertangguh. Huh..penangan final exam lagi. Abis exam pla ada kursus renang suksis. Memang wajib ikut untuk cukup kan kredit hours bagi pertauliahan nanti. tak cukup jam kredit x dpt tauliah.
Blog ne pula tertangguh sebab bnyk lagi sebenarnya gambar semasa berada di Jepun hari tu x dapat nk upload. Memori picasa aku dh full..hmm apa taknya satu gambar tu equal to 7-8mb..haa mmg berat pun..so aku upload di fb jer la..hee tgk ja la kt sini ..
Sekarang ne cuti akhir semester 3..Alhamdulillah aku dapat meluangkan cuti di kg. halaman ku bersama keluarga tersayang dan rakan2 seangkatan aku yg lain..memang tak boleh dinafikan suasana di rumah sendiri lebih selesa,tenang, dan bebas berbanding di tempat lain.

Haa sebenarnya aku nak sembang pasal Kursus Renang yang aku dan rakan suksis lain jalani selama seminggu di Pusat Akuatik Hang Jebat Melaka. Haa bukan tak nak mengaku, sebenarnya aku pun bukan la pandai sangat berenang. Dulu, kalau aku berenang, bukan maju ke depan tapi tenggelam ke bawah. Dan aku pun memang tak berani sangat nak berenang di tempat dalam.. pasti aku akan lemas.

Tetapi kini, segala-galanya telah berubah..kami telah dilatih oleh jurulatih perenang profesional yg didatangkan khas dri Pusat Polis Marin di #$%%#@(x pasti)..Macam-macam kami dilatih di sana. Yang paling penting sekarang ne aku dah tak takut untuk berenang di tempat dalam dan kalau aku berenang pun lagak seperti perenang profesional..hahaha..(Ini semua Poyo!!) Yang paling penting sebenarnya ialah jangan panik ketika berada di dalam air bagi yang tak reti berenang..dan stay cool..

Haa..gaya dah ada tapi skill jer lagi yg kurang..(abaikan lelaki dua  org yg kt belakang)

Macam ne latihan ketika kami berkursus..kami akan dilatih di darat dahulu untuk pergerakan yg betul..bila semua pergerakan dh sempurna barulah kami akan turun ke kolam pula utk praktikkannya.


Ini adalah latihan "breathing" iaitu bagaimana kita nak kawal pernafasan ketika berada dalam air  supaya tak letih..haa.. caranya ialah kena lah belatih 'blowing'..tarik nafas di permukaan air dan hembus kn dalam air..barulah tak letih apabila berenang..

Jurulatih memerhatikan pergerakan blowing kami..

Ne latihan berpasangan dimana kami perlu membetulkan pergerakan tangan ddan blowing d i dalam air..

Haa..yang jurulatih beritahu kami bahawa kita boleh terapung di dalam air tanpa melakukan apa2 pergersakan..yang paling pentimng ialah relax ketika di dalam air..
haa ini pun sama jgk..yang penting relax..sebenarnya kami dh cuba pun..tapi tetap  akan tenggelam..huhhu

Haa..gambar di bawah ni adalh gambar kami di dalam air..menahan nafas untuk mangambil gambar di dalam air..untung member ada bawa kamera waterproof..jadi dapat la kami snap2 di dalam air..hehe
peace yoo





menyelam seperti ikan..


Pengalaman di kursus renang adalah pengalaman yg paling santai dan sempoi sepanjang kursus-kursus suksis yang lain..sebab kursus ne x ketat sangat..so semua pelatih pun x tension..hee..lagi pun semua kami enjoy ketika kursus....k kalo ada pa2 masalh tinggalkan komen anda di bawah..


No comments:

Post a Comment